Jun 23, 2009

Kelebihan Bulan Rejab

Kelebihan Bulan Rejab
Salam sejahtera saudara-saudari seIslam semua,

1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.
2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.
3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.
4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

WASSALAM.

Copyright :http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogroups.com/msg02177.html

Jun 22, 2009

senyum sokmo g-ah..



friendship 4 eva...senyum sokmo G-ah.jgn sedih2.buchuk2..

ReaLLy WaNTeD!



sesape yg ade ape saje maklumat berkenaan org ini, sila hubungi tuan punye blog dgn segera.kerana dia telah mencuri sesuatu dr saye.peace;)

Jun 20, 2009

selamat hari bapa..


selamat hari bapa untuk bapa,abah,papa,daddy,pa,pak,ayah..dll di seluruh dunia.terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan titik peluh kalian untuk kami anak2 kalian.doakan kami menjadi anak yg soleh dan solehah.kkpd yang masih mempunyai bapa,hargailah bapa anda,sentiasa mengingati mereka walau di mana mereka berada,walau apapun yg mereka lakukan..kpd yg sudah tiada, doakan kesejahteraan mereka di alam yg kekal abadi.dan al fatihah buat arwah abah ku..semoga roh abah ditempatkan di kalangan hamba yang dikasihiNya..amin..

Jaafar bin Mohd Ali (1941-1993)

atap genting VS atap rumbia




teratak burukku ruangnya sempit
berbumbungkan pula atap rumbia
kamu si enggang aku si pipit
bisakah kita terbang bersama?

hai assalamualaikum..
rs fresh plak berpantun di pagi ahad ni.korang yg keje kat kl for sure tgh tdo lg time ni kn?ish3..
teringat rncgn semanis kurma beberapa mgu lalu yg mendisscusskan tajuk kat atas ni.jarang aku terfikir psl cinta dua darjat ni,sbb aku xpenah plak mengalaminya.cm bila aku perhati betul2,jelas sekali dlm dunia ni rupanya perkara ni masih wujud.dlm post ni,bg aku bkn sekadar miskin dan kaya.tapi jgk kdgkala membabitkan imej atau latar belakang keluarga.mksud aku, antara yg pakai tshirt/jeans/rambut berceracak dgn yg berkopiah/songkok(aku mtk maaf awal2 kat ustaz/ustzh di luar sana.peace;)jgn mrh yaa..),ada yg sgt teruja dgn imej keustazan yg ditampilkan.betul,mmg islam sndri menggariskan mstlah pilih yg beragama.tp perlu jgk ditgk pd keadaan.sedangkan Allah sndri tak membezakan makhluk2nya,malah mengutamakan kesama rataan ketika menunaikan ibadah haji.betul x?betull..tp perlu diingat jgk,jodoh wajiblah mendpt restu ibu bapa.mknanya kalau mak ayah nk yg lain,kena ambik kira tu.jd mcmana nk buat keputusan?
kat sini aku share sikit kisah2 yg aku nampk di sekeliling aku utk m'buatkn korang berpikir..

kisah 1 : K(lelaki),bekerja di sykt minyak,anak bongsu dlm famili yg agak berduit,abah dia pun imam.adik beradik plak semuanya berjaya dlm kerjaya msg2.berkenalan dgn sorg wanita yg lawa,graduan tp blm bekerja yg aku namakn M.dia dh b'kenan,jd mak ayah pun pg la rmh M utk kenal2,dan M pn dh bharap pd hbgn ni.tp lps blk rmh M,mak ayah K xsetuju plak.alasannya sbb dia nk menantu keje cikgu,lgpun M ni adik beradik ramai,rmh pn mcm org susah.famili K tkt K xleh biasakn dr hdup dlm famili mcm tu.then jodoh lain dicrkn utk K,seorg cikgu walaupn x lawa,dan diorg pn b'tunang.ms btnang,hntrn yg dttpkn oleh kluarga pmpuan 11,000(jmlh yg besar bg negeri t'ganu).bleh plak mak ayah K mtk diskaun,so diorg pn kawinla dgn hntrn 8,000.kita doakn la kebahagiaan diorg ke akhir hyt..

kisah 2 : B jth cinta dgn seorg janda berasal dr filipina,dan mmg kompem mak B xsetuju lgsg dgn hajat memperisterikn wanita tu.kmudian adalah sdra mara cr kan jodoh, seorg gadis bernama S.bertudung labuh,wpun xsekolah tinggi tp pernah bersekolah di sebuah maahad.jodoh diorg berthn 10thn dgn 3 org anak.ms memula kawin S xpenah tau B berpendptn agak tinggi,sbb cm pakai moto jer.dlm tempoh kawin tu,B jarang ingt pd kluarga sndri.malah duit kebyknnya dihbskn utk kluarga mertua.buat rumah,tanggung adik study,tukar2 keta..S ni plak cemburu nya ade2 je.B lame2 tertekan smpai ambik 'ubat'.satu ketika,S gaduh besar dgn ayah kandung dia,pastu insaf kejap.mtk maaf pd mak B,ngaku slh slp dia pnah buat bnda2 kotor dlm mknn B supaya B menurut kata.pjg lg cite ni,dipendekkan diorg cerai.skang msg2 dh kawin lain,S kawin n tgal kt perak dlm kesushn.suami dia penoreh getah n menurut sumber yg bleh dpercayai,S dh kurus kering.umur br 30 lbh,tp mcm 60thn.ish3..

kisah 3 :yg ni kwn baik aku sndiri,tp aku x bg pun url blog ni pd dia.hahaha..aku sbnrnya risau sbb dia x kawin2 lagi.dulu yg 1st,sbb lelaki tu (J) lulusan spm jer.tp kwn aku ni dip jer pun.J plak keje sendiri,kontrak buat rmh.kontraktor,tp kls ape xtau.pakai moto jer,alasan dia sbb xdok wife lg,lgpun g kije naik van.lame2...putus.smpaila yg skang ni,nege sndri kedai mkn.tp blm boleh dikatakan berjaya.lg lah famili dia xsetuju.aku pun xtau ape nasib kwn baik aku ni.aku mampu doakan je yg terbaik buat dia.

ape pndpt korang?ish3..

Jun 17, 2009

doa seorang kekasih..

salam..
i was just uploaded a video named Doa Seorang Kekasih.hope we can share the knowledge from the lyrics, take it as a guidance for us as Allah's slave. human's love is not everything, coz he/she might make us sad,frustrated. but Allah's love is the greatest.the more we love Him, the more we get His love.
LAYAN......



Oh Tuhan
Seandainya telah kau catatkan
Dia milikku tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan....
Ya Allah
Ku mohon apa yang telah kau takdirkan
Kuharap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku
Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Kupasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Oh Tuhan..
seandainya dia..(menjadi milikku)..satukanlah...
Ya Allah..
Ku mohon apa yang telah kau takdirkan
Kuharap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku...
Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agar ku bisa bahgia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Kuinginkan bahgia di dunia dan akhirat
padaMu Tuhan kumohon segala.....


Moral: Untuk mendapat pasangan, mst sentiasa berdoa pd Allah.bila dh bertemu pasangan, jagalah mengikut yg dah ditetapkan.bercinta biar berpada2..tp kalau kcewa jgn ikutkan emosi..pasti ada hikmah yg tersembunyi.berdoalah pd Allah semoga mendapat pengganti yg lebih baik.amin..

Jun 16, 2009

rindu terhenti

telahku tinggalkan..memori silamku itu..telahku biarkan..diriku dibelit rindu..walau duka menampar dada..walau sepi mencalar hati..rinduku terhenti..kupinggirkan sayu yang merundung kalbuku..kasih dulu kubiar berlalu..ku pinggirkan lara..yg berpaut di jiwa..kuteruskan hidup tanpa dia..padam nyala patah tumbuh hilang kan berganti...
”dahlaa,capek laa.
huuu..patutla k.awin minat gile kat tomok,suara dia dah x sengau mcm dulu rupanya.best jgk lyn lagu ni,aku suka lirik yg bg encourage mcm ni.xdelaaa meleleh2 kn..
hai..ada lagi jodoh korang dgn aku yerk.n x sangka jgk yg aku masih lagi rajin update blog nih.thanks allah for giving me a chance to write again.hermm..i think korang sume ade kisah cinta masing2 kan..xterkecuali jgk aku.aku respectla sape yg xpernah bercouple sblm kawin, sbb aku tau aku mmg xmampu buat.walaupun sepatutnya itulah yg digariskan dlm islam.kan?betul3..
bg aku,kalaulah diberi peluang utk putar balik masa, aku akan pilih utk tak bercinta.sbb ape bagus?sbb x buang masa, x buang duit beli prepaid,beli hadiah,bunga,tedy bear(hehe..jgn mara yer sape2 yg pnah dpt hadiah ni.aku sebut jer ni wei sbb dh mmg tu je cthnya.peace;p)ada lagi, xyah mkn panadol psl sakit kepala lyn kerenah gf/bf.bila dh istilah couple ni kan, x contact sehari dh merajuk 1 week.walhal sblm declare jd couple, xdela ambik kira pun seme tu.klu yg jenis cemburu thp impak maksima plak, xleh tgk pasangan berckp atau gelak2 dgn teman2 yg berlainan jantina.betul atau tidak murid2???betull!!jgn bilang tidak ya?ini pemerhatian yg benar sama skali.
Tu blm lagi bila frust...huhu..manusia ni bermcm jenis.kdg kala sekadar nak test power aje,nk tgk saham dia setkt mana.so hati2 lah korang semua (termasuk author post ni jgk ya).jgn smpai tahap kebercintaan anda melebihi cinta anda pd ibu bapa anda.kalau kita sanggup beli prepaid utk kol pasangan, sanggupkanlah juga luangkn masa utk kol ibu bapa anda.(mcm aku xyahla,nnt mak aku ingt aku kena sampuk lak.psl aku kn duk sermh dgn mak aku.)kalau kita belikn hadiah pd pasangan, jgn lupa jgk belikn something buat ibu/bapa.klu kita dh buat mcm ni, alhamdulillah.tp klu blm, biasa2knlah.sbg latihan sblm masuk ke alam rumahtangga.nnt xdela lps kawin ade istilah melebihkan isteri/suami/keluarga mertua.kecik hati ibu bapa,xberkat hidup kita.sayang,ingat dan hormatlah ibu bapa selagi diorang msh ada..klu xde?doa dan amalan baik kita akan sampai pd mereka yg dh arwah,insya-allah.tiga perkara yg xputus walaupun sesorg itu sdh meninggal dunia sedekah jariah,ilmu yg berguna, doa anak yg soleh & solehah.aminn..

Bernafas dalam Lumpur

Assalamualaikum..

Hai wanita-wanita, gadis2 n aweks2 di luar sana..pekabo? kat sini adala skit benda nye yg aku nk share.this is about perfume yg terhangat di pasaran skg nih.korang baca n pahamkan dulu maksud hadith ni ekk..

Dari Abu Hurairah R.A, dia berkata, Raulullah S.A.W bersabda,

“ Wangian laki-laki adalah yang tercium baunya dan tidak nampak warnanya. Sedangkan wangian wanita adalah yang tampak warnanya dan tidak tercium baunya.”
(ditakhrij At-Tirmidzi dan An- Nasa’i)

Dari Abu Musa, dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,

” Setiap mata adalah penzina, dan sesungguhnya apabila wanita itu mengenakan haruman kemudian dia berlalu menghadiri majlis, maka dia adalah penzina”
(ditakhrij Ashabus- sunan)

Drpd hadith ni, bulehla kita ckp yg sebenarnya…dragon ball ade 7 bijik semenye!hahahaha..astaghfirullah..siyesla skit.
Kesimpulan mudah je,jgn pakai wangi2 sampai menusuk hidung.biarlah perfume tu kita sndri jer yg bau,sbb kalau perfume yg kita pakai menarik perhatian lelaki,maka ibaratnya kita ini seperti penzina.klu lelaki takpe sbb mmg dlm hukum dibolehkan.aku pnah jmpa pmpuan yg pakai perfume(xtau cap ape,mgkn cap kepala lembu kot) bau harum semerbak.mase dia lalu dpn aku xbau lg, tp bile dh lepas..woww..smpai aku aaa…chhumm!bersinla beb.psl bau wangi dia tu bleh menyebabkan org tercari2 sape punya bau tu.aku teringin jgk nk tau cap ape yg dipakai tu,ingtkn nk bg kucing aku pakai.pastu suh jln2 kat kedai kopi.biar lelaki2 kt kg aku tercari2,siapakah yg berbau harum tu.hehehe..
Perfume tu utk kita senang hati bau kn.so xyahler pakai lebih2.klu nk elak bau bdn, deodorant pun dh mencukupi.ataupun mase mandi tu korang blehla gaha(paham dok gaha?mcm sental la.) limau nipis pd tempat2 yg menyebabkn bau bdn.insya-allah mujarab.cehh,mcm jual ubat daa.selain tu, rajin2 la mandi,pakaian kena rajin basuh.jgnler gantung 2-3 hari pastu pakai balik.ni biasenya kaum adam yg suka buat.klu bau bdn msih xhlg jgk..,ermm..korang terjun jela dlm loji indah water.aku pn xtau ape lg cara selain tu.
Bau bdn mmg kena jage wahai bro n sis,psl kesian kt kwn2, nk tegur tkt yg empunya diri malu.tp klu thn2, bleh migraine membe dibuatnye.(aku mmg sng sakit kepala dgn bau bdn yg mcm ba**la.isk isk..) mcm bernafas dalam lumpur.klu sedut,bleh lemas.klu thn, lemas jgk..sadiss tul.
jd check la sama ada bau bdn anda mengganggu orglain atau x. ..renung2kan dan selamat beramal!

Jun 15, 2009

terai masuk video..

watch n sing n enjoy..just for fun



finished!

Jun 14, 2009

bila aqso dan madina berkorban..

rutin aku tiap hari blk dr keje skang-> solat, mkn @tgk tv.sbnrnya mak bunda ku pn bleh thn membebel,kate aku kuat tgk tv la skg nih.tp aku bt xtau jer.lg pun tu dah jadi kerjaya sampingan dia skang..hehe..ampun bu..
aqso dan madina ; nama yg sepadan dgn kisahnya..cinta yg berlandaskan cinta kpd Allah swt.mengorbankan cinta sehingga melalui pelbagai kesakitan dan ttp dihadapi dgn tabah.walaupun adakala hmpir tersungkur rebah, ttp bangkit kembali meratah sisa-sisa hidup demi cinta Illahi.
aku bkn la pengkritik produk seni, sekadar berkongsi apa yg dirasakan bagus. pengorbanan aqso utk mengahwini bekas kakak iparnya patut dipuji(wlaupn aqso di luar cite blm tentu akn buat bgtu.hehe..)dan madina juga menunjukkn cth baik dlm imej muslimah.berkorban cinta agar kakaknya tdk hanyut dlm kesedihan setlh kehilangn suami.maka aqso sbg pengganti.
cerita itu mengajar kita supaya tak letakkan kesedihan, kesakitan dlm hidup sbg sesuatu yg negatif.keperitan aqso sewaktu bankrupt dlm perniagaan, itupun krn dengki seorg wanita yg tergila-gila kan dia.dia lbh rela memilih kesusahan drp jln maksiat.itu lah yg patut dicontohi.
ape lg ekk..hmm..eh3..korang tgk sndiri laa.tetiba malas plak nk taip.walaupun ade adegan tak logik jugak dlm tu, cite ni still lebih bagus drp siri keliwon yg korang bese tgk mlm jumaat tu...ataupun siri ceplos yg mengarut tu, ade unsur2 tahyul.
apepun,beringatlah, jgn plak smpai terpengaruh minda kita dgn media.ingatlah salah satu cara musuh islam menyesatkn umat islam adalah melalui perang psikologi.sbb mereka tau umat islam kuat apabila bersatu.strategi pengaruh secara halus ni semakin meresap dlm jiwa generasi hari ni.apapun, jgn lupa solat 5 waktu.cm dgn kesempurnaan solat barulah dtgnya kebaikan2 yg lain..jumpa lagi;)

assalamualaikum cinta..

assalamualaikum..
hai..terlalu lah amat aku boring dgn kehidupan sndri sehinggalah aku merajinkan diri menulis dlm blog..sesuatu yg tidak aku gemari.kadang kala dlm kehidupan ni,kita merasa kekosongan, kesepian..loneliness.mungkin kerana tiada sesuatu yg menarik yg aku alami buat tika ini..oh hidup..datanglah sesuatu yg menghidupkan hariku..yg menjadikan aku seorang yg pantas dan cergas berfikir utk merencana masa depan sendiri.apakah aku sendiri yg tak cuba mencari perkara yg membuatkn aku seronok dgn kehidupan.sebenarnya laluan bagaimana yg wajar utk sebuah kehidupan manusia?pengakhiran bagaimana yg cantik utk menamatkannya?atau apakah tak perlu aku fikir semua tu dan biarkn masa berlalu begitu saje? oh..tidak..klu dibiarkn diriku yg rugi.fikir dan terus fikir kn..