Aug 31, 2009

cerita 1001 bosan - part 1


assalamualaikum dan selamat sejahtera.

penemuan menunjukkan seorang manusia sedang berada dlm kebosanan yang di tahap impak maksima.atau dgn kata lainnya tahap gaban atau disebut juga orang sebagai bosan tahap cipan.ada juga org yg menyebut bosan di tahap gila b*b* iaitu suatu perkataan yg seeloknya tak disebut di sini sbg menghormati bulan Ramadhan Kariim yang sangat mulia dan berganda2 amalan pahalanya.


walau bagaimanapun, kebosanan ini didapati telah menyebabkan otak menjadi beku atau juga agak lembab berbanding biasa.ermmm...boleh dikatakan di tahap luar biasa.disebabkan kerja sebenrnya belum lagi tiba, jadi boss di tempat kerja beliau telah meminta beliau membina laman web sekolah. beliau dgn berat hati dan mungkin ada juge sikit sebyk sumpah seranah di dlm hati,telah memulakan kerja2 construction tersebut tanpa menggunakan batu bata mahupun simen cap ayam.
bagaimanapun utk memendekkan jalan yg panjang,beliau mengambil keputusan untuk membina laman blog sahaja yg mudah,ringkas,tepat,berinformasi dan cemerlang gemilang terbilang.didapati beliau telah mengupload pelbagai template namun tiada satupun yg berkenan di hati beliau.dan tidak bersesuaian dgn konsep sekolah.itu lah sbb utama beliau menjadi bertambah bosan dr hari ke hari.kekadang beliau fikir nk buat begini..

di dalam hati, beliau mengatakan "bakpela dok upoh jer org wat laman web.apekehelnye dekutss..."..ohh kesian..smpai begitu skali kata beliau dlm hati.namun beliau berusaha sedaya mungkin untuk membuatnya.hari demi hari beliau bertambah rabun kerana mengadap skrin komputer yg memaparkan pelbagai aksi template yg memualkan.ohh..kesian sguh beliau..
namun beliau yakin,beliau akan dpt menyiapkannya dlm tempoh yg beliau sndri tak mahu pasti.sebelum ini,beliau pernah diminta membuat mural di dinding makmal komp tempat beliau bertapa sehari2 di waktu opis hour.dlm kemalasan yg melampau,masih juga siap dgn bantuan tenaga dan moral support drp org2 sekeliling.
nnt kita akan saksikan apakah hasil mural tersebut.saya akan menerjah beliau utk mengetahui hasilnya.terjah menerjah!

Aug 29, 2009

tak tau atau buat2 tak tau??

aku sbnrnya hampa,smpai macam tu sekalikah kelirunya pegangan hidup dan agama bila jauh dari tanah air sendiri?memang tak tau atau buat2 tak tau?agaknya berapa ramai ummat islam yg begini?puasa tetap puasa,tapi...

cube korang masuk ke link kat bawah..
http://nafham.blogspot.com/search/label/Pets

kata mazidul : Hati Itu Ada Banyak Pintu

Aku tertarik baca tulisan nie..kuang3x..korang bacelah dan nilaikan sendiri.ada betulnya ape yg dikatakan..tp soal hati..sukar dimengerti kan?

“Saya dengan dia dah 4 tahun bang Tapi kami ni asyik bergaduh. Bila gaduh dia mesti tinggikan suara, tengking-tengking saya. Saya selalu cakap, dalam perhubungan ni mesti ada masalah. Tapi kita boleh bincang baik-baik, bincang cara dewasa. Bila saya cakap macam tu dia letakkan telefon. Lepas tu saya akan call dia balik. Biarpun bukan salah saya jadi punca pergaduhan, everytime saya pula kena minta maaf dengan dia,” keluh rakan lelaki berusia 28 tahun.

Adat orang muda bercinta, bisik hati saya.



“Macam ni la. Awak masih ada banyak masa. So, cuba tengok balik, analisa, selama bercinta tu banyak bahagia ke atau banyak derita. Orang bercinta ni tujuan sebenarnya nak mencari kebahagian tapi kalau asyik bergaduh, itu mengundang derita namanya,” komen saya.

Dia mendiamkan diri, mungkin berfikir.

“Saya faham, bukan senang nak tinggalkan girlfriend kalau dah 4 tahun bersama. Memang susah nak melupakan especially semua saat manis dilalui. Tapi fikirkan balik. Awak sebenarnya ada pilihan. Hati manusia ni bagi saya ada banyak pintu. Sekarang ni awak hanya buka satu pintu untuk girlfriend awak dan tutup pintu selebihnya. Sedangkan entah-entah ramai lagi perempuan cuba mengetuk pintu lain, nak menjengah, kalau awak benarkan”

Dia mendengar khusyuk.

“Awak sanggup derita, kena marah, tidak dihormati, tortured, memendam rasa. Saya simpati, sampai muka handsome nampak muram,” usik saya.

“Betul tu bang,” sampuk rakannya lebih muda duduk di sebelah.

“Jujur cakaplah, ada tak perempuan lain, ketuk pintu dalam hati awak tu?,” soal saya.

“Ada,” jawabnya ringkas diikuti hilai tawa gembira.

“Bagus. Kalau macam tu bukalah pintu tu. Izinkan dia menjengah. Bukan nak suruh masuk teruspun. At least kalau ada dua, awak boleh membuat perbandingan, basis of comparison. Tengok mana satu lebih baik dari segi sikap dan peribadi. Mana satu lebih menghormati, boleh diajak berbincang setiap kali timbul masalah, bukan jenis menengking ikut emosi. Tak salahpun sebab awak bukannya dah kahwin, masih bujang, still ada hak memilih”

“Betul kata abang tu,” terukir senyuman di bibirnya.

“Kalau the second one is better, why should you stick to the first one?,” soalan penting saya lontarkan.

“Selama ni dengan the second one tu, saya sekadar kawan. Saya bagi tahu dia, saya ada girlfriend. Tapi asyik bergaduh,” balasnya.

“Ha! Itu tak bagus. Sebab kalau boleh jangan sesekali burukkan girlfriend sendiri dengan perempuan lain awak suka. Nanti nampak awak meraih simpati. What you should do is, kalau dia suka kat awak, nilai keduanya secara berasingan, independently. Biar adil,” respon saya.

“Kita orang dah lama cakap kat dia bang. Tapi ..,” celah rakannya seorang lagi.

“Dia degilkan?,” soal saya.

Mereka bertiga tersenyum.

“Katalah, lepas kenal lebih rapat, awak tengok the second one lebih bagus dan dia ada potensi jadi kekasih, percayalah, time tu kalau girlfriend awak sekarang ni mengamuk, mesti awak tak stress sebab dah ada 'back up' tempat menggantung harapan. So, tak ada hal la sangat nak tinggalkan girlfriend awak tu. Awak takkan frust. She might deserve someone else, not you. Macam tu juga awak. Kalau dah bertunang, kahwin, baru nak buat pilihan, itu dah terlambat sebab nanti babitkan kes putus tunang, cerai berai, payah,” ujar saya.

“Ok bang,” katanya.

Kekadang orang bujang samada lelaki atau perempuan terlupa. Tiada ikatan sah dengan kekasih, tiada tanggungjawab. Maksudnya, mereka masih berhak memilih pasangan terbaik bakal menempuh kehidupan bersama hingga ke akhir hayat dalam alam rumahtangga. Jangan ‘disimpan’ kekasih bagai api dalam sekam, bimbang nanti membakar diri di kemudian hari.

Aug 25, 2009

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

salam semua..
kat sini aku nk kongsikan sikit maklumat mengenai hadis2 palsu yg berkaitan fadhilat solat tarawikh.sbnrnya byk hadis2 palsu yg berlegar2 di sekeliling kita tanpa sedar.sbb tulah utk menuntut ilmu mst ada guru,xbolehla pakai buat je amalan.takut nnt songsang lain plok jdnya..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.


untuk membaca artikel penuh,sila layari laman di bawah nie:
http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

lagi kristianisasi di UPM


Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam mereka Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Salah seorang warga asing yang dihubungi dan peguam tersebut enggan memberikan butiran penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

Difahamkan, kumpulan itu bergerak dari bilik ke bilik sambil memperkenalkan ajaran kristian serta memujuk penghuni yang beragama Islam untuk menganut agama tersebut.

“Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas,” kata seorang pemimpin pelajar.

“Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut.”

Sumber Malaysiakini.

Ayam Golek


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
4 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu teh biji ketumbae
1 sudu makan asam jawa
3 biji telur rebus
Garam secukup rasa
Pedal dan hati ayam

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam.
2. Tumbuk atau kisar bawang putih dan biji ketumbar hingga halus.
3. Hiris pedal dan hati ayam halus-halus dan gaul bersama 1 sudu bahan tumbuk/kisar.
4. Cincang telur rebus dan campur dengan campuran pedal dan hati. Gaul rata dan sumbatkan ke dalam perut ayam. Tutup bahagian ayam yan tebuka dengan sematan lidi.
5. Satukan santan, asam jawa, garam dan lebihan bahan yang telah diumbuk/kisar.
6. Masukkan ayam ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan campuaran. Masak sehingga terbit minyak. Keluarkan ayam dan bakar dalam oven/ salai hingga masak.

Hidangkan bersama sos ala Thai.

Aug 24, 2009

Ayam Masak Tomato

Buat aku lapar!!
Bahan-bahan:

1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia
1 bunga lawang
2 cm kayu manis
½ cawan mnyak masak
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan kacang peas
3 cengkih
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


Cara penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama cengkih dan bunga lawang.
5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh.
6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas.
9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi.

Jodoh dan takdir di tangan Allah


“TAKDIR” bagi setiap perkara yg berlaku.ada yg menjadikan ini sebagai sebab atau alasan untuk sesuatu tujuan.
contohnye: 1. aku bercerai dgn dia sebab dah takde JODOH
2. JODOH kami tak panjang nak buat macam, dah TAKDIR
3. memang TAKDIR dia berkahwin dgn suami orang. JODOH dia mana boleh tolak

memang JODOH dan TAKDIR ditentukan ALLAH, tapi bolehkah kite sering guna sebab ni untuk setiap perkara dan alasan? bolehkah kita berusaha dulu untuk menghindari perkara-perkara yg perlu dijauhi tanpa menggunakan dua perkara ni sebagai alasan muktamad.



Jodoh n takdir sudah jadi adat dalam berkatatapi perlu juga faham.

Pertama sekali kita tau cara Allah ciptakan sesuatu itu ada hukum adatnya dan sunah ditetapkan serta fitrah.

Maka dengan itu sebagai manusia yg.sedar dan berakal perlulah berusaha untuk sesuatu hajat.Rasulallah saw.juga berusaha mencapai tugas beratnya dan tidak semata-mata berserah,sedangkan baginda sangat mengenali Allah.

Tujuan berusaha adalah memberi pilihan yg. manusia itu sendiri sukai,jalan apa jua pun tapi keputusan hasilnya samada baik atau buruk belum diketahui.

Ada nampak baik disisi manusia tapi tak baik disisi Allah dan sebaliknya.

Maka disini ketentuan adalah hak Allah samada izinkan atau tidak,apakah hikmahnya kalau dikabulkan atau digagalkan bergantung beberapa sebab.

Sebabnya Allah ingin menguji,pembalasan,kurnia atas amalan,kerana murkanya dan macam2 sebab lah.

Maka sebagai manusia berakal dan mau berfikir adalah disarankan beranggap baik sangka terhadap takdir Allah yang Maha Melihat dan Mengetahui apa2 zahir dan batin.

solat tarawikh, dalil dan hukumnya


Latar Belakang

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Aug 23, 2009

Pizza Maggi


yg ni lagi ringkas...pelbagaikan citarasa maggi anda..hahaha

Bahan-Bahan:

1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)


Cara-cara:

Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.
Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.
Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.


Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah
dengan sos dan mayonis.

*sosej,carrot,daun sup,cendawan dan bawang adalah utk menyedapkan lg pizza anda.bhn asas sudah cukup utk menjadikan pizza anda enak dimakan..

Aug 22, 2009

Ayam Ala Simple

hai..kat sni ade satu resepi yg aku dpt dr internet jgk..sesuai utk korang2 yg nk cpt jer makan..hehehe

Bahan-Bahan:


600 gm ayam
1 paket serbuk kari ikan (Adabi)
½ botol sos tomato
¾ gelas air masak
Bawang goreng untuk ditabur



Cara:


Basuh ayam dan dipotong kecil
Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan perap selama 1/2 jam.
Letakkan ayam di dalam kuali, air masak dan tomato sos.
Masak dengan api sederhana sehingga ayam empuk.
Angkat dan taburkan bawang goreng.


*Seeloknya ayam dimasak di dalam kuali yang bertutup.

agar-agar marble

Bahan-bahan:
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125 gm mentega
6 gelas air 1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko


Cara membuat:

Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.


*klu ikut step dan bhn2 kompem jd punye.resepi ni aku dh cube n it really works!selamat mencuba!

MEGA MEGA SALE!!!!!

aku dan Ramadhan...


salam semua...hari ni dh pun berganjak ke hari ke2 umat Islam berpuasa Ramadhan..Ramadhan kali ni cukup bermakna aku rasakan..berazam utk menjadikan Ramadhan kali ni yg terbaik berbanding tahun2 yg sudah,mgkin itu yg membuat aku merasa hebatnya berada di bulan ini..
sama mcm thn2 yg lepas,aku lah yg paling lmbt bangun sahur.biasanya jam 5.20 pg br lah aku tercongok kat meja mkn.plg best mase dgr mak aku membebel suh bangun.hehehe...aku kata kat mak aku,lewatkan bersahur lebih afdhal.sahurku cuma minum air shj.stkt ambik pahala sunat cukuplah.tp dgn jmlh hari berpuasa yg makin kurang ni aku berazam utk berubah mjadi lbh baik..insya-allah..
yg paling menarik dlm bulan ni time solat terawikh la..memandangkan solat ni lama,jadi aku lebih prefer utk pegi msjd yg best..haha..thn ni,solat terawikh aku pilih masjid pengadang baru.xdalah jauh sgt,xsampai 10 minit dr rumah aku.selain saiz msjd yg luas dgn angin kipas yg berkepul2..hehehe..yg lebih utama bacaan imam yg mengimamkan solat kat situ menusuk d hati.hlg mengantuk bile dgr bacaan ala2 hafazan tu.lg satu, bila tgk jumlh jemaah ramai jadi semangat jgk.stkt hari ke 2 ni alhamdulillah.tp normally hr ke 10 manusia pun semakin kurang..apapun yg penting,aku hrp azam utk memenuhkan solat terawikh stkt mampu spjg bulan nie,dimakbulkan.....
selamat berpusa semua..semoga berkat ramadhan ni menjadikan kita hamba yg lebih sedar kekurangan diri dan berusaha meningkat kualiti dan kuantiti ibadah kita..amin....

Aug 19, 2009

memang Allah sengaja...


Pyzam Glitter Text Maker




Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.



Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ketika Cinta Memanggil

Aug 18, 2009

Mengenal Calon Beragama

Kita telah sedia maklum bahawa Islam menyarankan mencari pasangan hidup yang beragama dan berakhlak baik. Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama?

Sebenarnya ia amat mudah. Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.

Malangnya, ramai mengambil mudah frasa “fardhu ain.”

Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori. Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Ada juga yang tidak tahu dan sedang berusaha memperbaiki diri.

Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, “Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya.” [1] Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain.

Justeru, wujud masyarakat Islam yang bersolat, berpuasa, tetapi masih melakukan maksiat. Thats why laa ..

Jadi, buka mata kita. Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap.bmukminin.gif

Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w.

Untuk itu, sama-samalah kita belajar teknik untuk bermujahadah dengan nafsu diri, kerana ia sebahagian daripada perkara yang perlu kita ketahui. Ia adalah fardhu ain.

Antara kitab-kitab yang menyatakan teknik-teknik ini adalah Bimbingan Mukminin. Kitab ini ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin yang telah disaring dan disemak semula oleh para ulama.[2]

Tassawuf Moden karangan Professor HAMKA juga membincangkan teknik-teknik ini dari perspektif masyarakat Islam moden.

Wallahu’alam.


Nota Kaki
~~~~~~
[1] Ihya Ulumuddin, Al-Imam Al-Ghazali; Di dalam Kitab Ilmu, Bab Mengenai Ilmu Terpuji dan Tercela …
[2] Koleksi kitab-kitab Ihya Ulumuddin mengandungi hadith-hadith daif, palsu serta riwayat yang kadang-kadang tidak bersumber. Justeru, para ulama telah meringkaskan dan menapis maklumat tersebut lalu dijadikan kitab ringkasan seperti Bimbingan Mukminin.

kangen sama kamu..

anak2 sdra aku..ramainya dh 20 org..dh besor panjang..kalah maksu dia..isk!



hepi sgt aku bila anak2 buah balik..yg kecik2 tgh nkal lg best.sbb aku yg akan buat diorg nangis..bestnyer!

Aug 17, 2009

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Aug 16, 2009

nasihat drp aku yg demam..

assalamualaikum..
hai semua..dkt sebulan jugak aku tak menjenguk blog ni.nk dikatakan sibuk,memang xde langsung.apatah lagi kehadiran aku ke tpt keje setiap hari tak lebih dari sekadar membantu insan2 memerlukan shaja.the real task is not coming yet..
memandangkan aku dlm proses membuat laman blog sekolah,jd pastinya aku terjenguk ke sini.
hmmmm...keadaan kesihatan aku masih terganggu,tp lebih baik dr smlm.aku fikir,mungkin secara psikologinya bila aku sibuk memikirkan hal lain,maka ketidaksihatan ni tak terasa sgt.mungkinlah..apapun alhamdulillah ya allah,krn Kau memberiku waktu utk terus bernafas sblm bertemuMu di sana.amin..
aku terkejut hari ini bila membaca berita pernikahan aqil hayy dan waheeda.akhirnya....
tp alhamdulillah,mungkin dgn ini tamatlah fitnah antara mereka.cuma aku sedikit terkilan dgn imej keustazan yg dibawa agak tercalar...itu memberi impak yg agak buruk utk org lain..mgkin moralnya, kita perlu menjauhi apa shj yg boleh mendtgkan fitnah...

Pengejar Syurga Akhirat..

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

from :
asrirabbani.blogspot.com